Wednesday, August 14, 2013

I'm Independent Shaklee Distributor

Assalamualaikum wbt dan Salam Lebaran 2013..

Begitu lama membiarkan blog saya ini bersawang tanpa dijenguk walau seminit dua...kehidupan harian yang sangat2 sibuk dengan beban kerja hakiki dan kewajipan sebagai seorang isteri membuatkan masa untuk ke sini amat terbatas...

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.. sesungguhnya sambutan pada tahun ini amatlah sederhana kerana saya perlu membuat persiapan untuk satu "perkara" yang saya rasakan amat bermakna dalam hidup ini..biarlah ianya menjadi rahsia saya untuk seketika cuma...tiba masanya akan dikongsikan bersama.

Oh yaa...kala sibuk dengan tugasan..alhamdulillah bisnis kecil2an yang sy jalankan masih bertahan sehingga kini..sedar tak sedar dan 2 tahun saya menjadi stokis dan pengamal setia produk CATALYST especially VCO dan Collagen..mmg banyak perubahan yang dialami dari awal hingga kini...dan sy sesungguhnya mmg suda jatuh cinta dengan VCO Catalyst..

Dan kini, alhamdulillah..nampaknya saya telah maju setapak lagi..kini ingin lebih serius untuk menceburkan diri dalam dunia SHAKLEE yang sememangnya telah diketahui ramai akan keberkesanannya...semoga ada rezeki sy di sini...

Dan kini....untuk makluman semua...saya adalah pengedar SAH Shaklee seluruh Malaysia...yeaaah!! 


Saya bkn sahaja pengedar malah pengamal produk2 kesihatan SHAKLEE especially ESP, Vitalea, B Complex, Alfalfa dan Ostematrix...

Moga ada rezeki saya di situ...

Sunday, March 11, 2012

Walnut Moist Cupcakes

Salam semua...


Lamanya x update blog..aduuuh, sejak dari Januari sampai sekarang, sy sangat2 laa busy..dengan kerja di opis yg bertimbun, outstation lagi, bisnis lagi..kerja2 rumah lagi..sampaikan xda masa mau update blog ni.
Tapi syukur laa...sekurang2nya rutin hidup skrg ni ada best sikit sbb da busy..kalau dulu asyik duk boring, macam tiada arah...skrg terlebih2 busy plak..


Hujung Februari lepas, ke KK...opis buat bengkel MPK dan FM..hampir 5 hari di sana, pengisian bengkel pun ok, matlamat tercapai...wpun dalam pada berbengkel tu ..ke KL lagi hadiri mesyuarat..semestinya ke sana dengan "Bonzer" kesayangan aku, heeheee...


Dan minggu depan (13/3/2012)...ada Program Perjumpaan DOA + Ketua2 Kampung W.P Labuan...ini sebenarnya sebahagian drp aktivti perkhidmatan pengembangan...harap2 program akan berjalan lancar...


Oppss...menyimpang jauh daripada topik kita...lama da buat cupcake ni sebelum pi KK hari tu..biasa laa aku, selalu meng'eksperimen'kan diri...kalau mau buat sesuatu mesti banyak practise kan..barulah perfect.


Dan ini laa hasil tangan ku...Walnut Moist Cupcakes with Buttercream Frosting...




~ Walnut Moist C/cakes ~








RM3.00 / pcs


sehingga ke entry yg akan datang...babai!

Sunday, January 15, 2012

Vanilla Cupcakes

Salam hujung minggu...

Hari ini ada program "Innospace Labuan" bertempat di MPL, Labuan. Aku turun padang hari ni bersama Pengarah..meninjau2 inovasi yang dipamerkan sambil mencari2 idea untuk jabatan kami. Kata orang, sambil menyelam sambil minum air gitu..majlis tamat sekitar 12.30 tgh..terus balik rumah sbb penat sangat2..

Petang, sekadar duduk2 di rumah..tidor and after solat Maghrib kuar hantar my nephew pegi tuisyen Math di Kg.Sg.Labu...pastu sementara tunggu dia balik aku p supermarket beli bahan untuk buat cupcakes...

Dan akhirnya, hasrat untuk buat vanilla cupcakes tercapai jugak..dan hasilnya sangat memberangsangkan...aku guna resepi dr website http://www.joyofbaking.com/ ...nampaknya usahaku tak sia2..cupcake menjadi..tak turun. Practise make perfect gitu yaa...

Dan ini laa hasilnya...mutu gambar x berapa ok sbb aku hanya guna kamera biasa jak..blm ada rezeki mau beli kamera yg canggih2.


Ini gambar sebelum cupcake dimasukkan ke dalam oven



Sedang dibakar..sorry laa oven dah usang...


Dah siap..tggu nak deco jak

Harapnya projek ini akan berterusan..nnti update gambar cupcake yg telah dihias ok..stop dulu kerana mata ini dah ngantuk gila...

Nite..

Friday, January 13, 2012

Ceritera Malam Ini...

Salam semua...

Tak daa apa yang menarik untuk hari ini melainkan pergi kerja then balik rumah sambung balik kerja-kerja rumah yang terbengkalai...begitu laa rutin setiap hari sambil menjalankan pekerjaan sampingan selepas waktu pejabat..membuat kuih-kuih utk dijual pulak.

Kadang-kadang aku tak tau mau jawab apa bila ada org yang bertanya..tak penat kaa lepas kerja pastu buat lagi kuih2 utkdijual, mcm mana kau bagi masa??? Serius..bila soalan ini diajukan kepadaku, aku sendiri pun tak dapat jawab, hahahaha...

Ok laa, aku cuma bole bagitau korang semua..yang aku ni memang tak bole duduk diam...dari aku sekolah rendah sampai ..maksudnya dari umur aku masi muda budak2, remaja then skrg dah dewasa aku dah berkecimpung dengan kerja buat kuih ni. Keluarga aku bermula dari Nek Joan aku sampai laa Mama aku dan suku-sakat yg lain semuanya terlibat dengan bisnis makanan...jadi x hairan kalau aku pun macam tu...xkira la dr yg kerja biasa sampai berpangkat tinggi tp masi tetap mau berjual..hmmmm, darah tu dah mengalir dalam tubuh kita org terutamanya keturunan Nek Radiat @ Rabeka & Joan..proud to be part of them...

Pasal masa? Itu sebenarnya terpulang pada kita...kalau tanya aku, aku akan jawab....itu semua terpulang pada diri kita, kalau kita kata tak bole mmg laa otak akan kata x bole badan pun kata tak bole...tp klu hati kita kata bole, secara otomatik semuanya akan bole..

Bagi aku, Allah s.w.t telah membentangkan rezekiNya di muka Bumi ini..tinggal lg kita mau mencarinya atau tidak...

Setiap hari apa yg pasti, aku berharap agar Dia x akan putus memberikan kehidupan yang baik pada aku dan seluruh umat di dunia ini..

Oh yaa...sempena Tahun 2012 aku pun ada beberapa lagi azam yg ingin aku capai tahun ni...ni plus azam tahun lepas yg tak berjaya ;

- Spend less, save more...
- Mau kurus..
- Berbakti pada org tuaku..berikan kehidupan yg baik pada mereka.
- mau hidup happy..
- Kerja keras cari rezeki ;p

Byk lagi tp lupa....


Ok, daa.

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tinggal 2011..Selamat Datang 2012!

Salam Tahun Baru...


dah 3 hari kita berada di tahun 2012. Syukur kepadaNya kerana diberi peluang utk bersama dgn makhluk2Nya di muka bumi ini untuk meneruskan lagi perjalanan hidup yang kita sendiri tak tahu bilakah kesudahannya..apa2pun aku sendiri bersemangat utk meneruskan lagi apa2 impian yg belum tercapai dan diharapkan 2012 akan menjanjikan yg terbaik buat kita semua dan jgk aku.


2011..banyak perkara2 yang berlaku dlm hidup aku..baik buruk...semua ada. Namun perkara baik yg pernah berlaku dalam hidup aku adalah apabila disahkan mengandung 3 bulan pada 14 Disember 2011 setelah hampir 4 tahun menunggu dengan penuh sabar..aku takkan lupa tarikh tu sampai bila2. Bagi TD,ini adalah hadiah birthday yg paling bermakna buat dirinya...dan aku melalui hari2 itu dengan penuh gembira..ku jaga dengan baik agar budak kerdil di dalam sana membesar dengan baik..namun sapa pun tak bole melawan takdirNya kan..dan tarikh keramat 24 Disember 2011 aku jgk takkan melupakannya apabila budak kerdil yg ku beri nama Hannah Sophea terpaksa dikeluarkan dari dlm perutku kerana doktor dah mengesahkan yg Hannah tak ada jantung walaupun dah berumur 3 bulan...setelah yakin dan doktor telah menerangkan dengan sejelas2nya..aku terpaksa akur..walaupun airmata berlinangan jatuh di pipi mengiringi pemergian Hannah buat selamanya.


Hannah adalah perkara baik dan terindah pernah terjadi dalam hidup aku dan suda pasti dia akan sentiasa berada di dalam ingatan dan doa aku buat selamanya. Hadirnya seketika cuma..namun kesannya hingga ke hari ini..airmata aku pastinya akan mengalir laju bila teringatkan dia..terutamanya di malam hari bila suasana sepi.


begitulah berakhirnya 2011 ku...suka dan duka mengiringi kehidupanku..


dan yang pasti..aku ingin meneruskan 2012 yg baru tiba ini dengan berusaha bersungguh2 mencapai apa jua impianku yang belum tercapai..
Ya Allah...bantulah aku untuk mencapai semua impianku..berilah aku kelapangan dalam apa jua perkara yang bakal aku lakukan..dan jadikan aku hambaMu yang selalu bersyukur dengan apa jua kurniaanMu, amin.

Monday, December 26, 2011

Anugerah Terindah..

Hannah Sophea..anugerah terindah yang Allah swt berikan kepada aku dan TD. Walaupun hadirnya hanya seketika, namun sudah cukup untuk meninggalkan kesan di hati kami berdua.
Percayalah sayang..Hannah tetap berada di hati dan doa mama dan papa buat selamanya. Walaupun Hannah bersama mama selama 3 bulan, namun sudah cukup untuk membuat mama sayang dan cinta pada Hannah..begitu jugak papa. Pemergiaan Hannah telah membuat hidup mama dan papa sunyi..seperti ada yang tak cukup di rumah ini.
Mama Papa berdoa..semoga Hannah berbahagia di sana. Nantikan mama dan papa di syurga yaa sayang..
Al-fatihah buat Hannah Sophea..

Sunday, November 13, 2011

Hari Untuk Bermalas-malas...

Selamat berhari minggu...

Ari ni tiada pi mana2..cuma awal pagi p breakfast then beli barang2 dapur sikit n balik rumah..lepak2 atas katil sambil berinternet..sampailah ke malam.

ari ni pun malas mau masak..cuma ikan bakar dan sup ayam sahaja...ingatkan ari ni mau buat Mango Cheesecake...ada mango dr kawan..tp bila p kedai semua bahan yg dicari tiada..so si malas pun datang dan aku kensel serta-merta mood mau buat kek.

mungkin lain kali laa....

hmmm...byk idea2 baik datang ari ni..apalagi kalu bukan hal2 menjana pendapatan sampingan...tp idea yg br dtg ni mcm makan masa sikit mau capai..tp tak pa..aku target dalam masa 6 bulan akan dtg..semuanya akan tercapai..amin. Mau berjaya...x bole tergesa2..mesti ada perancangan yg baik..


tp aku akan pastikan aku akan buat jugak..langkah pertama mesti pi belajar dulu ;p


Oh yaa..memandangkan Christmas pun dah tak lama lg...so aku dah war2kan iklan utk tempahan biskut Xmas ;p


Sapa2 yg xda masa mau buat kueh utk Xmas ni,baaa jgn segan2 buat tempahan dgn sy ok...dilayan! Iklan ada di Notes FB sy, bole baca di sana. Order bole tggl di sini, pm di FB, call atau SMS...


daaa...